03 November 2009

Perkembangan Terbaru Isu Penyelenggaraan Bandar Bukit Mahkota

Bangi, 20 Oktober - Satu lawatan tapak telah diadakan oleh pihak Jabatan Kejuruteraan MPKj bersama pihak pemaju, Lion Group Sdn Bhd, berserta wakil Ahli Majlis MPP Zon 24 ke kawasan sekitar Bukit Mahkota untuk membuat tinjauan mengenai pelbagai masalah yang dihadapi oleh penduduk Bandar Bukit Mahkota.

Tinjauan awal mendapati masalah-masalah utama penduduk seperti longgokan sampah, keadaan jalan, dan infrastruktur kawasan sekitar masih belum ditangani dengan baik. Lawatan tersebut merupakan tindakan susulan yang diambil selepas satu Mesyuarat Khas diadakan berhubung masalah ini antara Ahli Majlis MPP Zon 24, En Mazwan Bin Johar, bersama pihak MPKj, Persatuan Penduduk dan Pemaju di Menara MPKj, Kajang pada 2 Oktober yang lalu.

Namun begitu, beberapa keputusan telah dicapai melalui lawatan tersebut antaranya, satu laporan lengkap akan disediakan oleh pihak LionGroup Sdn Bhd, mengenai projek pembinaan di Bandar Bukit Mahkota untuk tujuan penyerahan dan pengambil alihan (handover proposal) kawasan oleh MPKj.

Melalui laporan tersebut, pihak LionGroup dikehendaki menyiapkan sepenuhnya aktiviti pembinaan dan melengkapkan segala kelengkapan yang perlu selain cadangan pembinaan yang perlu oleh MPKj. Melalui penyerahan kawasan ini, bermakna kerja-kerja penyelenggaraan Bandar Bukit Mahkota akan sepenuhnya berada di bawah tanggungjawab MPKj sepenuhnya.

Namun begitu, pihak LionGroup juga diminta untuk membuat penambahbaikan terhadap kemudahan dan menangani segala masalah yang ada dalam masa terdekat sebelum proses penyerahan ini berlaku. Menurut Cik Kartini, Pegawai Kejuruteraan MPKj, laporan tersebut memakan masa lebih setahun untuk diluluskan. Justeru, pihak pemaju perlu mengambil langkah proaktif untuk menyelesaikan masalah-masalah sampingan agar tidak berlarutan dan menimbulkan komplikasi negatif terhadap penduduk sekitar.

Antara perkara yang perlu dilakukan untuk penyerahan ini adalah memastikan Projek Pembinaan ini dibina mengikut justifikasi yang terdapat pada pelan perancangan, selain memastikan segala kemudahan infrastruktur seperti jalan berada di dalam keadaan baik.

Diharapkan melalui proses ini, dapat menyelesaikan masalah-masalah yang telah sekian lama melanda penduduk Bandar Bukit Mahkota.

20 Julai 2009

Bandar Seri Putra: Kawasan Wabak Denggi Tidak Terkawal

Kajang, 16 Julai 2009 - Kesimpulan yang dibuat oleh Jabatan Kesihatan Daerah Hulu Langat terhadap situasi semasa Wabak Denggi di Bandar Sri Putra secara keseluruhannya adalah tidak terkawal. Kesimpulan tersebut dibentangkan dalam satu mesyuarat Kempen Denggi peringkat Bandar Seri Putra di Bilik Mesyuarat Cempeka Putih 2, Menara MPKj semalam.

Mesyuarat yang dihadiri Pegawai Kesihatan Daerah Hulu Langat, Dr Ahmad B Jusoh, turut dihadiri oleh Ahli Majlis, Encik Mazwan Johar, wakil Persatuan Penduduk Bandar Sri Putra, pegawai-pegawai MPKj dan juga pemaju di kawasan sekitar.

Di awal mesyuarat tersebut membentangkan fakta kes yang sangat membimbangkan mengenai situasi semasa Masalah Denggi di Bandar Seri Putra.

Menurut Pn Azlin, salah seorang pegawai kesihatan yang hadir, Wabak Denggi di kawasan Bandar Sri Putra telah memasuki hari Wabak Tidak Terkawal (WTK) yang ke-64. Statistik ini antara penyumbang kepada situasi sebenar Denggi di Daerah Hulu Langat yang telah mencatatkan 3192, dengan 11 kematian bagi tahun 2009 sahaja. (Bacaan berakhir 15 Julai 2009)

Sehubungan itu mesyuarat memutuskan untuk mengadakan sesi semburan ubat nyamuk di Jalan 2, Jalan 3, Bandar Seri Putra, dan Kolej Universiti Islam Selangor(KUIS) pada hari Jumaat, Sabtu, dan Ahad. Manakala di KUIS, semburan secara besar-besaran akan dibuat pada Hari Selasa berikutan tempoh konvokesyen yang masih berjalan.

Untuk makluman dan tindakan masyarakat yang terlibat, jadual semburan adalah seperti berikut:-

Jumaat pagi(selepas subuh): Semburan ULV di KUIS.

Sabtu, 5.00 Petang: Jalan Dua, Bandar Seri Putra.

Ahad, 5.00 Petang: Jalan Tiga, Bandar Seri Putra.

Selasa, 5.00 Petang: KUIS.

Dr Ahmad berharap agar penduduk dapat memberikan kerjasama kepada pihak yang terlibat dalam aktiviti semburan pada kali ini. Beliau juga berharap agar Penduduk Bandar Seri Putra, khususnya di kawasan yang terlibat, akan mencatatkan jumlah liputan terbaik menandingi rekod liputan 87% di Seksyen 8, Bandar Baru Bangi, baru-baru ini.

"Kita menggunakan semburan yang berasaskan air, jadi sepatutnya tidak timbul masalah bau atau minyak seperti sebelum ini," ujar beliau di dalam mesyuarat tersebut. Sesi penerangan akan dijalankan oleh Persatuan Penduduk kawasan terlibat untuk menggalakkan penglibatan dan kerjasama penduduk untuk menyelesaikan masalah wabak denggi ini.

07 Julai 2009

Mazwan Johar kekal sebagai Ahli Majlis MPP Zon 24 MPKj


Shah Alam, 6 Julai 2009 - Exco Kerajaan Tempatan, Kajian dan Penyelidikan, Ronnie Liu mengumumkan pelantikan senarai ahli majlis yang menggangotai 12 pihak berkuasa tempatan (PBT)seramai 288 orang, berkuatkuasa 16 Julai ini.

Menurut beliau, daripada jumlah itu, 80 peratus ahli majlis terdahulu dikekalkan, manakala selebihnya dilantik bagi menggantikan mereka yang meletak jawatan, gagal menunjukkan prestasi cemerlang serta bermastautin di luar kawasan.

Turut dikekalkan, Encik Mazwan Johar, Ahli Majlis MPP Zon 24 MPKj, bagi sesi kedua selepas khidmat cemerlang beliau pada sesi 2008/2009 yang lalu.

13 Februari 2009

Pelancaran
Pejabat Ahli Majlis/MPP Zon 24
&
Lantikan Majlis Perwakilan Penduduk (MPP) Zon 24
Majlis Perbandaran Kajang

14hb Februari 2009
Perkarangan Pejabat MPP Zon 24,
Jalan Seri Putra 1/5,
Bandar Seri Putra, Bangi, Kajang, Selangor.


Tetamu Kehormat :
Dr. Shafie Abu Bakar
(Yg. Berhormat ADUN Bangi)
Tuan Hj. Abdullah Bin Marjunid
(Timbalan Yg Di Pertua MPKj)
Supt. Haji Toha Bin Abdullah
(Timb. Ketua Polis Kajang)


ATUR CARA MAJLIS

0930 : Ketibaan Para Jemputan
1000 : Ketibaan Tetamu Kehormat
1005 : Alu-aluan Pengerusi Majlis
1010 : Taklimat Lhas Kawalan Wabak Denggi Di Bandar Seri Putra
1025 : Ucapan Ahli Majlis
1040 : Ucapan Timbalan Yg Di Pertua MPKj
1055 : Ucapan Yg. Berhormat ADUN Bangi
1115 : Penyampaian Watikah Pelantikan MPP Zon 24
1140 : Penyampaian Cenderahati
1145 : Pelancaran Pejabat MPP Zon 24
1200 : Jamuan Makan Tengah Hari
1230 : Pengambilan A-Bate & risalah edaran
STRUKTUR ORGANISASI
Majlis Perwakilan Penduduk (MPP) Zon 24

Pengerusi : En. Mazwan Bin Johar
Timb. Pengerusi: Tn Hj Ahmad Bin Yusof
Setiausaha :En. Izny Hanis B Zainon
Bendahari : En. Zol Bin Nor
Laision Officer : Cik Kartini Binti Mazlan

Ahli-ahli Jawatankuasa :

1) Sub Inspektor Ramlan Bin Din
2) En. Norizan Bin Haji Sulaiman
3) En. Mohammad Rozie Bin Mohd Rejab
4) En. Najib Bin Shariff
5) Tuan Hj. Mazlan Bin Ismail
6) Kol. Kamaruddin Bin Mustapha
7) Tuan Hj. Abdul Rani Bin Mohamed
8) Hj. Ahmad Khair Bin Omar
9) En. Murad Bin Adam
10) Mejar (B) Razali Bin Ahmad
11) Dato’ Sulaiman Bin Ibrahim
12) En. Junaidi Mohamed Masrop
13) En. Azemi Bin Azizan
14) En. Abd. Rashid Mohamed
15) En. Low Swee Chew
16) Hari Krisnnan A/L Toreas
17) En. Mohd Marzuki Bin Ibrahim
18) En. Ahmad Ikbal Bin Tarmiji
19) En. Balamurugan A/L Kalingam
20) Pn. Jeanette Yeo Gek Lan

08 Januari 2009

GOTONG ROYONG BERSAMA MPP ZON 24

Gotong Royong Serentak Seluruh Negeri Selangor

Tarikh: 11 Januari 2009
Tempat: Seksyen 3 Bandar Seri Putra
Masa: 8.30 Pagi
Kelengkapan yang disediakan: Plastik sampah
(Kelengkapan lain boleh dibawa sendiri termasuk sarung tangan, cangkul, dll.)
Jamuan: Selepas selesai gotong royong.
Pendekatan gotong royong: Gotong royong membasmi Denggi & pendidikan masyarakat.

Pihak Majlis Perbandaran Kajang dan Pejabat Kesihatan Daerah akan menghantar wakil untuk memberi keterangan dan pendidikan berkaitan pencegahan wabak Denggi kepada penduduk semasa gotong royong.

SEMUA DIJEMPUT HADIR

07 Januari 2009

PELANCARAN BANGI BANDAR BERSIH

Tarikh: 10 Januari 2009
Masa: 8.30 pagi
Tempat: Kompleks Sukan Bandar Baru Bangi, Seksyen 15 Bandar Baru Bangi.
Majlis akan dirasmikan oleh Yg Berhormat Dr Shafie Abu Bakar, ADUN Bangi.

SEMUA PENDUDUK DIJEMPUT HADIR

Sebarang pertanyaan sila hubungi Izny di talian 012-9126798

04 Januari 2009

MESYUARAT MPP ZON 24 KALI KE-1

MESYUARAT MPP ZON 24 KALI KE-1

  • Tarikh: 5 Januari 2009
  • Masa: 8.15 Malam
  • Tempat: Pejabat Ahli Majlis & Majlis Perwakilan Penduduk Zon 24 MPKj, No 16B (Tingkat 3), Jalan Seri Putra 1/5, Bandar Seri Putra, Bangi, 43000 Kajang, Selangor.

AGENDA MESYUARAT:

  1. Taklimat penubuhan MPP Zon 24 oleh pengerusi MPP(ahli majlis MPKj)
  2. Sesi pengenalan ahli-ahli MPP Zon 24.
  3. Pemilihan dan lantikan Naib Pengerusi, Setiausaha dan Bendahari MPP Zon 24 oleh Pengerusi MPP.
  4. Perancangan aktiviti MPP Zon 24 Tahun 2009.
  5. Hal-hal lain.

**Sebarang masalah boleh hubungi Izny di talian 012-9126798