23 Disember 2008

Majlis Perwakilan Penduduk (MPP)

Pengenalan
  • Penubuhannya berlandaskan hasrat dan cita-cita Negeri Selangor menjadi Negeri Maju. Justeru itu timbul idea mewujudkan sebuah perwakilan masyarakat/penduduk sebagai penghubung setempat bagi memudahkan pentadbiran terutama di peringkat Pihak Berkuasa Tempatan (merakyatkan pentadbiran).
  • Lantaran itu semua Pihak Berkuasa Tempatan di Negeri Selangor telah diarahkan untuk menubuhkan Majlis Perwakilan Penduduk bagi kawasan pentadbirannya.

Tujuan Penubuhan

  • Memperkukuhkan dan memperkemaskan fungsi Ahli Majlis sebagai agen penghubung di antara Majlis dan Masyarakat.
  • Menjadi saluran maklumat kepada masyarakat.
  • Menjadi badan pentadbiran yang menyalurkan aduan, permintaan, masalah dan kehendak penduduk kepada pihak Majlis.
  • Membantu meningkatkan mutu perkhidmatan Majlis dengan penyertaan dan pandangan mereka.
  • Menggalakkan penyertaan penduduk setempat di dalam aktiviti yang dianjurkan oleh pihak Majlis.
  • Merancang program-program mesra rakyat.
  • Memantau aktiviti-aktiviti persatuan penduduk di kawasan zon masing-masing.
  • Menyelaras bentuk bantuan yang seimbang kepada persatuan-persatuan penduduk.
  • Selaras dengan Local Agenda 21 ke arah pembangunan mampan.

Bidang Tugas MPP

  • Mengadakan mesyuarat bagi memantau perjalanan MPP Zon.
  • Membuat pemilihan dan perlantikan AJK MPP Zon berdasarkan kepada senarai nama yang dikemukakan oleh Pengerusi MPP Zon.
  • Menilai dan menyelaras program yang hendak dijalankan oleh MPP Zon.
  • Menetapkan peruntukan atau bantuan kewangan kepada MPP Zon.

    * Yang DiPertua Majlis Perbandaran Kajang mempunyai kuasa yang muktamad melantik dan menarik balik jawatan Ahli jawatankuasa Majlis Perwakilan Zon.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan